USAH BERTANYA LAGI
Ku lindung kepiluan hati ku
Agar tiada siapa yang tahu
Di sebalik senyum mesra
Di sebalik gurau senda ku terluka
Engkau kagum melihat sikap ku
Yang tenang selalu
Tapi hakikatnya ku amat kecewa
Dalam senyum ku sengsara
Usah berkirim salam melaui teman mu
Usah bertanya lagi tentang diri ku
Usah diungkit-ungkit kisah nan lalu
Usah kau kenangkan saat-saat
Manis yang pedih menghiris
Masih kau terlalu ku sayangi
Walau aku ingin kau kembali
Namun kerana harga diri
Biarlah ku pendam hasrat hati
By Siti Fairuz